Sabtu, 4 Julai 2009

AHLI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA.

Tugasku tidak semudah dijangkakan,siang dan malam aku senantiasa bersiap sedia 24 jam menghadapi segala kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan umpamanya kebakaran,kemalangan jalanraya,penyelamatan manusia dan juga haiwan,bencana alam seperti banjir,gempa bumi dll,tumpahan bahan kimia berbahaya,kebocoran gas beracun,dan bermacam-macam lagi kes yang melibatkan nyawa dan harta benda yang pastinya orang tidak terlatih mampu menyelesaikannya.
Setiap saat selepas menerima panggilan kecemasan hatiku senantiasa berdegup dengan kencang,hanya satu terlintas difikiran ku semoga ALLAH yang maha berkuasa dapat memberi pertolongan kepada aku dan juga rakan setugas dalam menyelesaikan kes kecemasan,kerana bagiku setiap saat dan minit adalah merupakan nyawa sama ada hidup atau mati bagi orang-orang yang memerlukan pertolongan didalam kecemasan.
Tetapi mengapa masyarakat sekeliling cepat benar menunding jari kepada pihak bomba seandainya lewat tiba ditempat kecemasan,sedangkan aku dan rakan setugas hanya mengambil masa tidak sampai seminit keluar dari balai bomba menaiki jentera bomba ke tempat kecemasan sejurus menerima panggilan.Cuba renungkan sekejap kepayahan dan kepantasan kami dalam memakai pakaian jaket dan seluar operasi,berlari mengambil topi,kasut seterusnya menaiki jentera.
Masalah yang sering pihak bomba hadapi untuk sampai ketempat kecemasan antaranya kesesakan jalanraya,kesilapan pihak pengadu memberi alamat sebenar dan juga pengadu membuat panggilan kecemasan palsu dan alamat tidak wujud.
Disini aku ingin berkongsi suka dan duka pengalamanku sebagai seorang anggota bomba dan gambarku ketika bertugas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan